Monday, May 28, 2012

Skrin Paparan (Monitor)


Monitor atau paparan (juga dipanggil skrin atau unit paparan visual) merupakan sejenis peranti output yang paling utama. Ia adalah sejenis paparan elektronik visual untuk computer yang berupaya memaparkan aksara atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproses oleh kad grafik. Monitor terdiri daripada peranti paparan, litar dan kepungan. Peranti paparan di monitor moden kebiasaanya adalah paparan kristal cairan transistor filem nipis (TFT-LCD) panel nipis, manakala monitor yang lebih lama menggunakan tiub sinar katod kira-kira sedalam saiz skrin. Terdapat empat jenis monitor iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monotir segerak berbilang dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah masing-masing.

Pada mulanya,  monitor komputer telah digunakan bagi pemprosesan data manakala penerima televisyen telah digunakan untuk hiburan. Dari tahun 1980-an dan seterusnya, computer dan monitor telah digunakan untuk kedua-dua pemprosesan data dan hiburan. Manakala televisyen telah melaksanakan beberapa fungsi komputer. Nisbah aspek biasa televisyen dan kemudian monitor komputer juga telah berubah daripada 4:3 kepada 16:9.

Mutu sesebuah monitor bergantung kepada beberapa faktor. Ciri- ciri yang paling utama dalam sesebuah monitor ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya. Lebih bayak piksel yang dipaparkan, lebih tajam teks dan grafik yang dipaparkan.   Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT.



Pemilihan monitor bergantung kepada kebezajelasan, kedalaman piksel, keupayaan kad paparan grafik dan saiz monitor.

a)      Kebezajelasan

Kebezajelasan menetukan kualiti fungsi monitor bagi satu sistem komputer yang diwakili dengan bilangan piksel. Piksel ialah bintik-bintik yang terdapat pada paparan layar secara aturan mendatar dan menegak sehingga memenuhi layar. Kebezajelasan bagi satu monitor 640 piksel x 480 piksel menyatakan susunan bintik-bintik piksel secara mendatar sebanyak 640 piksel dan secara menegak sebanyak 480 piksel seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto 1.1. setiap bintik itu mewakili tiga warna asa iaitu merah, biru dan hijau bagi monitor warna dan bagi monitor hitam putih, ia mewakili nilai perduaan ‘1’ dan ‘0’. Lebih banyak bilangan bilangan piksel, lebih tajam dan berkualiti teks dan grafik yang dipaparkan.

Foto 1.1

b)     Kedalaman Piksel
Kedalamn piksel menentukan bilangan warna yang boleh dipaprkan pada layar monitor. Bilangan kedalan piksel yang banyak dapat menghasilkan lebih banyak warna.

c)      Keupayaan Kad Paparan Grafik
Kad paparan grafik ialah kad yang mempuyai storan yang diperlukan untuk menghubungkan paparan skrin dengan CPU agar data berwarna dapat dipaparkan. Keupayaan kad grafik bergantung kepada RAM yang disepadukan dengan grafik. RAM sangat penting untuk meransang grafik.

d)      Saiz monitor
Saiz monitor menunjukkan dimensi paparan dan biasanya dinyatakn dalam unit inci. Saiz monitor diukur mengikut panjang pepenjuru layar. Jadual 1.2 menunjukkan beberapa saiz monitor yang biasa terdapat di pasaran.
               
                                               
Saiz Paparan Monitor
Dimensi Piksel
14 inci17 inci   
640 X 4801024 X 768
21 inci   
1280 X 1024

Jadual 1.2- Saiz monitor

Secara ringkasnya pemilihan sesebuah monitor boleh dirumuskan seperti dalam Jadual 1.3.
Sifat
Penjelasan
Kebezajelasan
Bilangan piksel
Kedalaman piksel
Gabungan warna yang banyak
Kad paparan grafik
Muatan ingatan pada paparan grafik
Saiz
Panjang secara pepenjuru

Jadual 1.3- Pemilihan monitor

Terdapat 3 jenis monitor iaitu:
                        a) monokrom
                        b) monitor warna
                        c) skrin rata
Ø  Ketiga-tiga monitor ini memerlukan kad adapter yang disambungkan pada unit sistem sebelum ia dapat berfungsi sebagai unit paparan.
Ø  Monitor monokrom

Ø  Berikut adalah beberapa jenis monitor warna yang terdapat di pasaran:
         CGA (Color Graphic Adapter)
         EGA (Enhanced Graphic Adapter)
         VGA (Video Graphic Array)

No comments:

Post a Comment