Monday, May 28, 2012

Pencetak (Printer)


 Pencetak komputer adalah sejenis mesin elektronik yang berkeupayaan menerima arahan daripada CPU untuk mencetak.  Sebarang maklumat yang berkandung dalam ingatan komputer mengikut arahan pengguna.  Bagi setengah pencetak hanya berupaya mencetak huruf dan angka sahaja, tidak grafik.  Ada juga pencetak yang berupaya mencetak lebih daripada itu dengan maksima boleh mencetak gambar atau grafik.

SPESIFIKASI MESIN PENCETAK
1)      Resolusi
Resolusi bagi mesin pencetak adalah sama seperti resolusi monitor. Tetapi, bagi resolusi mesin pencetak ia diukur melalui dpi (dot per inch). Kebanyakan mesin pencetak direka untuk penggunaan peribadi menggunakan purata 1,200 dpi. Semakin tinggi dpi, semakin bagus kualiti imej yang dikeluarkan.


 10 × 10 piksel imej pada paparan komputer biasanya memerlukan lebih banyak daripada 10 × 10 titik pencetak untuk mengeluarkan semula imej  dengan tepat,  disebabkan had warna dakwat yang terdapat dalam mesin  pencetak. Piksel keseluruhan berwarna biru menjadikannya sfera untuk dihasilkan semula oleh mesin pencetak menggunakan cyan,magenta, dan hitam.




2)      Kemampuan warna
Kebanyakan mesin pencetak pada masa kini mempunyai keupayaan untuk memilih sama ada untuk mencetak dengan dakwat hitam atau dengan warna. Disebabkan  mencetak warna menggunakan kos yang agak tinggi, kebanyakaan pengguna memilih untuk menggunakn dakwat hitam sahaja untuk urusan surat-menyurat, draf dan urusan kerja yang lain. Mencetak dengan warna biasanya diguna untuk laporan yang mempunyai grafik dan gambar.

3)      Kelajuan
Kelajuan diukur berdasarkan berapa banyak muka surat yang dapat dicetak dalam masa satu minit. Kebiasaanya, pencetak peribadi dapat mencetak dalam purata 15 hingga 19 muka surat dalam satu minit bagi mencetak dengan dakwat hitam. Manakala, 13 hingga 15 muka surat dalam satu minit bagi mencetak dengan warna.

 PENCETAK JENIS DOT-MATRIX




 Pencetak ini mempunyai pengetuk-pengetuk kecil berbentuk titik yang dipanggil pin.  Pencetak Dot-matrix 9 pin bermakna pengetuknya 5 titik (dot) melintang dan 7 titik dari atas ke bawah.  Dot-matrix 24 pin pula mengetuknya secara berulang-ulang kali dan hasilnya nampak lebih kemas.  Ia juga boleh menghasilkan pencetak warna dengan sekurang-kurangnya 3 warna asas yang boleh digabungkan bagi membentuk warna-warna lain.








PENCETAK JENIS SEMBUR DAKWAT (INK-JET)


Pencetak sembur dakwat merujuk kepada jenis pencetak komputer bukan hentaman yang menggunakan dakwat cair yang disemburkan kepada kertas. Ia merupakan pencetak komputer paling biasa bagi kegunaan umum disebabkan kos rendah, output berkualiti tinggi, keupayaan mencetak dalam warna yang terang dan mudah digunakan.
Sebagaimana kebanyakan teknologi moden, pencetak pancut dakwat masakini dibina berasaskan kemajuan oleh versi terdahulu. Antara penyumbang termasuk EpsonHewlett-Packard dan Canon boleh mendakwa turut menyumbang sebahagian besar kepada pembangunan pencetak pancut dakwat moden. Dipasaran pengguna di seluruh dunia, keempat pengilang bertanggung jawab bagi sebahagian besar pencetak pancut dakwat: Canon, Hewlett-Packard, Epson, dan Lexmark.
Kemunculan pasaran memasukkan bahan pancut dakwat (Ink jet material deposition) turut menggunakan teknologi pancut dakwat, biasanya pancut dakwat piezoeletrik, bagi melekatkan bahan secara langsung kepada substrate.Jenis pencetak  ini melaksanakan tugasnya dengan menyemburkan dakwat dari punat jetnya.  Kelajuan pencetak ini adalah 10 kali lebih pantas daripada pencetak biasa.




 PENCETAK JENIS LASER



 Jenis ini menggunakan kelompok sinar bagi membantu memindahkan maklumat daripada CPU ke kertas.  Hasilnya amat bermutu tinggi.  Jenis ini juga mempunyai kepantasan tertentu.  Kelajuan ini dikira dengan bilangan aksara yang boleh dicetak dalam masa satu saat.











Jika anda merancang untuk membeli pencetak (printer) ciri- ciri yang perlu anda imbangkan ialah :
1) Kelajuan mencetak data iaitu berapa banyak halaman pada suatu masa (page-per-minute).
2) Kualiti mencetak adalah beresolusi tinggi dari segi imej atau output.
3) Boleh menggunakan pelbagai jenis kertas (versatile paper handling) dari segi saiz dan jenis seperti kertas A4, transparencies, kad dan sebagainya.
4) Pencetak berwarna dan robust (boleh menyokong jumlah pengguna network yang tinggi tanpa mengalami kerosakan).
5) Jaminan terhadap pencetak (warranty) sekurang- kurangnya 3 tahun.

No comments:

Post a Comment