Monday, May 28, 2012

Pembesar Suara (Speaker)




Pembesar suara merupakan transduser elektroakustik  menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara (dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding sistem-sistem berlainan.

Istilah 'pembesar bunyi' boleh merujuk kepada transduser individu (dikenali sebagai 'pemacu'), atau kepada sistem lengkap yang terdiri daripada kotak pembesar suara yang mengandungi satu atau lebih pemacu. Untuk menghasilkan julat frekuensi yang luas dengan memuaskan, kebanyakan sistem pembesar suara memerlukan lebih dari satu pemacu, terutamanya bagi aras tekanan bunyi atau kejituan tinggi. Pemacu individu digunakan bagi menghasilkan kembali julat frekuensi berlainan. Pemacu-pemacu tersebut dinamakan subwufer (frekuensi amat rendah), wufer (frekuensi rendah),pembesar suara julat sederhana (frekuensi serdahana), twiter (frekuensi tinggi) dan kadang kala supertwiter, optimum bagi frekuensi bunyi tertinggi boleh dengar. Istilah bagi pemacu pembesar suara berbeza bergantung kepada aplikasi.

 Dalam pembesar suara dua hala, tidak terdapat pemacu "julat-pertengahan", dengan itu tugas menghasilkan kembali bunyi julat pertengahan jatuh kepada wufer dan twiter. Stereo rumah menggunakan julukan "twiter" untuk frekuensi tinggi manakala sistem audio profesional untuk konsert mungkin menggelar pemacu frekuensi tinggi sebagai "HF" atau "high". Apabila pemacu berganda digunakan dalam satu sistem, satu "rangkai penapis", dipanggil lintasan, memisahkan isyarat mendatang kepada julat frekuensi berbeza, dan melencongkan isyarat tersebut ke pemacu yang sewajarnya. Sistem pembesar suara dengan n jalur frekuensi berlainan disebut sebai "pembesar suara n-hala": sistem 2-hala akan mempunyai pembesar suara wufer dan twiter; sistem 3-hala terdiri dari gabungan wufer, julat sederhana dan twiter atau subwufer, wufer dan twiter.

Jika tiada peranti pembesar suara ini, maka komputer tidak akan berupaya mengeluarkan suara bagi musik atau lagu yang sedang dimainkan.Pembesar berupaya mengeluarkan  audio output. Ia menghasilkan output dalam bentuk perkataan, muzik, stereo atau suara. Penghasilan sistem bunyi yang baik, jelas dan realistik antaranya terletak pada sistem stereo bunyi yang digunakan pada sesebuah PC multi media. Misalannya jenama Hewlett Packard (HP) menggunakan sistem stereo Dolby Digital (AC-3) yang kemudiannya direalisasikan oleh pembesar suara (speaker) Premier Polk Audio dan Subwoofer untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang realistik dan mengagumkan.









Contoh peranti audio output lain :
Alat Pendengar (earphone)







Alat pendengar boleh diguna untuk menggantikan pembesar suara. Alat pendengar ini mempunyai mikrofon yang membolehkannya untuk  mengeluarkan dan merakam suara. Disamping boleh diguna untuk berbual dengan rakan. Alat ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk di pasaran. 



No comments:

Post a Comment