Monday, May 28, 2012

Pencetak (Printer)


 Pencetak komputer adalah sejenis mesin elektronik yang berkeupayaan menerima arahan daripada CPU untuk mencetak.  Sebarang maklumat yang berkandung dalam ingatan komputer mengikut arahan pengguna.  Bagi setengah pencetak hanya berupaya mencetak huruf dan angka sahaja, tidak grafik.  Ada juga pencetak yang berupaya mencetak lebih daripada itu dengan maksima boleh mencetak gambar atau grafik.

SPESIFIKASI MESIN PENCETAK
1)      Resolusi
Resolusi bagi mesin pencetak adalah sama seperti resolusi monitor. Tetapi, bagi resolusi mesin pencetak ia diukur melalui dpi (dot per inch). Kebanyakan mesin pencetak direka untuk penggunaan peribadi menggunakan purata 1,200 dpi. Semakin tinggi dpi, semakin bagus kualiti imej yang dikeluarkan.


 10 × 10 piksel imej pada paparan komputer biasanya memerlukan lebih banyak daripada 10 × 10 titik pencetak untuk mengeluarkan semula imej  dengan tepat,  disebabkan had warna dakwat yang terdapat dalam mesin  pencetak. Piksel keseluruhan berwarna biru menjadikannya sfera untuk dihasilkan semula oleh mesin pencetak menggunakan cyan,magenta, dan hitam.




2)      Kemampuan warna
Kebanyakan mesin pencetak pada masa kini mempunyai keupayaan untuk memilih sama ada untuk mencetak dengan dakwat hitam atau dengan warna. Disebabkan  mencetak warna menggunakan kos yang agak tinggi, kebanyakaan pengguna memilih untuk menggunakn dakwat hitam sahaja untuk urusan surat-menyurat, draf dan urusan kerja yang lain. Mencetak dengan warna biasanya diguna untuk laporan yang mempunyai grafik dan gambar.

3)      Kelajuan
Kelajuan diukur berdasarkan berapa banyak muka surat yang dapat dicetak dalam masa satu minit. Kebiasaanya, pencetak peribadi dapat mencetak dalam purata 15 hingga 19 muka surat dalam satu minit bagi mencetak dengan dakwat hitam. Manakala, 13 hingga 15 muka surat dalam satu minit bagi mencetak dengan warna.

 PENCETAK JENIS DOT-MATRIX




 Pencetak ini mempunyai pengetuk-pengetuk kecil berbentuk titik yang dipanggil pin.  Pencetak Dot-matrix 9 pin bermakna pengetuknya 5 titik (dot) melintang dan 7 titik dari atas ke bawah.  Dot-matrix 24 pin pula mengetuknya secara berulang-ulang kali dan hasilnya nampak lebih kemas.  Ia juga boleh menghasilkan pencetak warna dengan sekurang-kurangnya 3 warna asas yang boleh digabungkan bagi membentuk warna-warna lain.








PENCETAK JENIS SEMBUR DAKWAT (INK-JET)


Pencetak sembur dakwat merujuk kepada jenis pencetak komputer bukan hentaman yang menggunakan dakwat cair yang disemburkan kepada kertas. Ia merupakan pencetak komputer paling biasa bagi kegunaan umum disebabkan kos rendah, output berkualiti tinggi, keupayaan mencetak dalam warna yang terang dan mudah digunakan.
Sebagaimana kebanyakan teknologi moden, pencetak pancut dakwat masakini dibina berasaskan kemajuan oleh versi terdahulu. Antara penyumbang termasuk EpsonHewlett-Packard dan Canon boleh mendakwa turut menyumbang sebahagian besar kepada pembangunan pencetak pancut dakwat moden. Dipasaran pengguna di seluruh dunia, keempat pengilang bertanggung jawab bagi sebahagian besar pencetak pancut dakwat: Canon, Hewlett-Packard, Epson, dan Lexmark.
Kemunculan pasaran memasukkan bahan pancut dakwat (Ink jet material deposition) turut menggunakan teknologi pancut dakwat, biasanya pancut dakwat piezoeletrik, bagi melekatkan bahan secara langsung kepada substrate.Jenis pencetak  ini melaksanakan tugasnya dengan menyemburkan dakwat dari punat jetnya.  Kelajuan pencetak ini adalah 10 kali lebih pantas daripada pencetak biasa.




 PENCETAK JENIS LASER



 Jenis ini menggunakan kelompok sinar bagi membantu memindahkan maklumat daripada CPU ke kertas.  Hasilnya amat bermutu tinggi.  Jenis ini juga mempunyai kepantasan tertentu.  Kelajuan ini dikira dengan bilangan aksara yang boleh dicetak dalam masa satu saat.











Jika anda merancang untuk membeli pencetak (printer) ciri- ciri yang perlu anda imbangkan ialah :
1) Kelajuan mencetak data iaitu berapa banyak halaman pada suatu masa (page-per-minute).
2) Kualiti mencetak adalah beresolusi tinggi dari segi imej atau output.
3) Boleh menggunakan pelbagai jenis kertas (versatile paper handling) dari segi saiz dan jenis seperti kertas A4, transparencies, kad dan sebagainya.
4) Pencetak berwarna dan robust (boleh menyokong jumlah pengguna network yang tinggi tanpa mengalami kerosakan).
5) Jaminan terhadap pencetak (warranty) sekurang- kurangnya 3 tahun.

Pembesar Suara (Speaker)




Pembesar suara merupakan transduser elektroakustik  menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara (dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding sistem-sistem berlainan.

Istilah 'pembesar bunyi' boleh merujuk kepada transduser individu (dikenali sebagai 'pemacu'), atau kepada sistem lengkap yang terdiri daripada kotak pembesar suara yang mengandungi satu atau lebih pemacu. Untuk menghasilkan julat frekuensi yang luas dengan memuaskan, kebanyakan sistem pembesar suara memerlukan lebih dari satu pemacu, terutamanya bagi aras tekanan bunyi atau kejituan tinggi. Pemacu individu digunakan bagi menghasilkan kembali julat frekuensi berlainan. Pemacu-pemacu tersebut dinamakan subwufer (frekuensi amat rendah), wufer (frekuensi rendah),pembesar suara julat sederhana (frekuensi serdahana), twiter (frekuensi tinggi) dan kadang kala supertwiter, optimum bagi frekuensi bunyi tertinggi boleh dengar. Istilah bagi pemacu pembesar suara berbeza bergantung kepada aplikasi.

 Dalam pembesar suara dua hala, tidak terdapat pemacu "julat-pertengahan", dengan itu tugas menghasilkan kembali bunyi julat pertengahan jatuh kepada wufer dan twiter. Stereo rumah menggunakan julukan "twiter" untuk frekuensi tinggi manakala sistem audio profesional untuk konsert mungkin menggelar pemacu frekuensi tinggi sebagai "HF" atau "high". Apabila pemacu berganda digunakan dalam satu sistem, satu "rangkai penapis", dipanggil lintasan, memisahkan isyarat mendatang kepada julat frekuensi berbeza, dan melencongkan isyarat tersebut ke pemacu yang sewajarnya. Sistem pembesar suara dengan n jalur frekuensi berlainan disebut sebai "pembesar suara n-hala": sistem 2-hala akan mempunyai pembesar suara wufer dan twiter; sistem 3-hala terdiri dari gabungan wufer, julat sederhana dan twiter atau subwufer, wufer dan twiter.

Jika tiada peranti pembesar suara ini, maka komputer tidak akan berupaya mengeluarkan suara bagi musik atau lagu yang sedang dimainkan.Pembesar berupaya mengeluarkan  audio output. Ia menghasilkan output dalam bentuk perkataan, muzik, stereo atau suara. Penghasilan sistem bunyi yang baik, jelas dan realistik antaranya terletak pada sistem stereo bunyi yang digunakan pada sesebuah PC multi media. Misalannya jenama Hewlett Packard (HP) menggunakan sistem stereo Dolby Digital (AC-3) yang kemudiannya direalisasikan oleh pembesar suara (speaker) Premier Polk Audio dan Subwoofer untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang realistik dan mengagumkan.









Contoh peranti audio output lain :
Alat Pendengar (earphone)







Alat pendengar boleh diguna untuk menggantikan pembesar suara. Alat pendengar ini mempunyai mikrofon yang membolehkannya untuk  mengeluarkan dan merakam suara. Disamping boleh diguna untuk berbual dengan rakan. Alat ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk di pasaran. 



Skrin Paparan (Monitor)


Monitor atau paparan (juga dipanggil skrin atau unit paparan visual) merupakan sejenis peranti output yang paling utama. Ia adalah sejenis paparan elektronik visual untuk computer yang berupaya memaparkan aksara atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproses oleh kad grafik. Monitor terdiri daripada peranti paparan, litar dan kepungan. Peranti paparan di monitor moden kebiasaanya adalah paparan kristal cairan transistor filem nipis (TFT-LCD) panel nipis, manakala monitor yang lebih lama menggunakan tiub sinar katod kira-kira sedalam saiz skrin. Terdapat empat jenis monitor iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monotir segerak berbilang dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah masing-masing.

Pada mulanya,  monitor komputer telah digunakan bagi pemprosesan data manakala penerima televisyen telah digunakan untuk hiburan. Dari tahun 1980-an dan seterusnya, computer dan monitor telah digunakan untuk kedua-dua pemprosesan data dan hiburan. Manakala televisyen telah melaksanakan beberapa fungsi komputer. Nisbah aspek biasa televisyen dan kemudian monitor komputer juga telah berubah daripada 4:3 kepada 16:9.

Mutu sesebuah monitor bergantung kepada beberapa faktor. Ciri- ciri yang paling utama dalam sesebuah monitor ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya. Lebih bayak piksel yang dipaparkan, lebih tajam teks dan grafik yang dipaparkan.   Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT.



Pemilihan monitor bergantung kepada kebezajelasan, kedalaman piksel, keupayaan kad paparan grafik dan saiz monitor.

a)      Kebezajelasan

Kebezajelasan menetukan kualiti fungsi monitor bagi satu sistem komputer yang diwakili dengan bilangan piksel. Piksel ialah bintik-bintik yang terdapat pada paparan layar secara aturan mendatar dan menegak sehingga memenuhi layar. Kebezajelasan bagi satu monitor 640 piksel x 480 piksel menyatakan susunan bintik-bintik piksel secara mendatar sebanyak 640 piksel dan secara menegak sebanyak 480 piksel seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto 1.1. setiap bintik itu mewakili tiga warna asa iaitu merah, biru dan hijau bagi monitor warna dan bagi monitor hitam putih, ia mewakili nilai perduaan ‘1’ dan ‘0’. Lebih banyak bilangan bilangan piksel, lebih tajam dan berkualiti teks dan grafik yang dipaparkan.

Foto 1.1

b)     Kedalaman Piksel
Kedalamn piksel menentukan bilangan warna yang boleh dipaprkan pada layar monitor. Bilangan kedalan piksel yang banyak dapat menghasilkan lebih banyak warna.

c)      Keupayaan Kad Paparan Grafik
Kad paparan grafik ialah kad yang mempuyai storan yang diperlukan untuk menghubungkan paparan skrin dengan CPU agar data berwarna dapat dipaparkan. Keupayaan kad grafik bergantung kepada RAM yang disepadukan dengan grafik. RAM sangat penting untuk meransang grafik.

d)      Saiz monitor
Saiz monitor menunjukkan dimensi paparan dan biasanya dinyatakn dalam unit inci. Saiz monitor diukur mengikut panjang pepenjuru layar. Jadual 1.2 menunjukkan beberapa saiz monitor yang biasa terdapat di pasaran.
               
                                               
Saiz Paparan Monitor
Dimensi Piksel
14 inci17 inci   
640 X 4801024 X 768
21 inci   
1280 X 1024

Jadual 1.2- Saiz monitor

Secara ringkasnya pemilihan sesebuah monitor boleh dirumuskan seperti dalam Jadual 1.3.
Sifat
Penjelasan
Kebezajelasan
Bilangan piksel
Kedalaman piksel
Gabungan warna yang banyak
Kad paparan grafik
Muatan ingatan pada paparan grafik
Saiz
Panjang secara pepenjuru

Jadual 1.3- Pemilihan monitor

Terdapat 3 jenis monitor iaitu:
                        a) monokrom
                        b) monitor warna
                        c) skrin rata
Ø  Ketiga-tiga monitor ini memerlukan kad adapter yang disambungkan pada unit sistem sebelum ia dapat berfungsi sebagai unit paparan.
Ø  Monitor monokrom

Ø  Berikut adalah beberapa jenis monitor warna yang terdapat di pasaran:
         CGA (Color Graphic Adapter)
         EGA (Enhanced Graphic Adapter)
         VGA (Video Graphic Array)

Output


Dalam pengkomputeran, input atau output merujuk kepada komunikasi antara sistem pemprosesan maklumat (seperti computer) dan dunia luar. Input adalah isyarat atau data yang dihantar ke dalam sistem, manakala output adalah isyarat atau data yang dihantar oleh sistem ke luar.  Output merupakan  maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer hasil dari pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia, komputer atau peranti lain. Ia boleh menjadi maklumat yang bermakna dan ia boleh muncul dalam pelbagai bentuk  seperti dalam bentuk aksara, gambar, audio dan video.

Bentuk output:
Ø  Salinan Keras (Hard Copy) - iaitu output yang dihasilkan secara kekal dan boleh disimpan. Contoh : cetakan diatas kertas oleh pencetak.

Ø  Salinan Lembut (Soft Copy) - ialah output yang dihasilkan secara sementara iaitu ia tidak dapat dikeluarkan jika tiada bekalan elektrik. Contoh : Paparan pada monitor dan output suara.




Peranti output (output device) ialah perkakasan komputer yang digunakan untuk menyampaikan keputusan data pemprosesan oleh sistem pemprosesan maklumat (komputer) kepada dunia luar. Peranti output termasuk skrin paparan, pembesar suara dan mesin pencetak. Sebagai contoh, skrin paparan menayangkan imej output. Ketiga-tiga peranti memberikan maklum balas segera kepada pengguna seperti memaparkan watak-watak yang mereka taip atau memainkan lagu yang mereka pilih daripada senarai pemain lagu. Terdapat beberapa contoh lain peranti output termasuk fon kepala, projektor, sistem kawalan lampu, alat rakaman audio dan mesin robotik. Maklumat-maklumat yang dibaca melalui peranti input akan diproses oleh CPU dan dihantar kepada peranti output. Maklumat yang dihasilkan tersebut boleh berbentuk teks, data, grafik / imej dan  bunyi.



Peranti output boleh dibahagikan kepada tiga :

  1. ·         Peranti Wajib
  2. ·         Peranti Pilihan
  3. ·         Peranti Tambahan



Peranti Wajib

·         Yang dimaksudkan dengan peranti wajib adalah kita tidak dapat membuka data yang terdapat di dalam komputer jika kita tidak mempunyainya.



Peranti Pilihan

·         Peranti output pilihan membawa maksud komputer tetap dapat beroperasi tanpanya. Hanya ia akan menyukarkan kita untuk melihat sebahagian dokumen.


Peranti Tambahan
·         Peranti output tambahan membawa maksud jika kita tidak mempunyai ia uda tidak jadi masalah bagi komputer kita untuk beroperasi.